top of page

SIAPA KAMI

Ditubuhkan pada bulan Jun 2019, ENRA Group Berhad dan IBGH Capital telah berkoleberasi untuk menangani isu kekurangan penawaran rumah mampu milik di Malaysia. ENRA Group Berhad merupakan pemaju hartanah rumah kediaman dan komersial khususnya di Malaysia dan United Kingdom, serta turut menawarkan khidmat minyak dan gas tenaga di Malaysia, Myanmar dan Australia. Fokus utama IBGH Capital adalah membina dan memajukan rumah mampu milik khususnya untuk tanah rezab Melayu. Pembangunan yang ada tertumpu khususnya di daerah Klang, Sepang dan Shah Alam bermula dari rumah teres sehingga rumah berkembar. Kedua-dua syarikat mempunyai rekod prestasi yang luas dalam industri pembangunan hartanah di Malaysia.

Secara kolektif, kami telah berjaya membangunkan projek dengan jumlah keseluruhan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM432.5 juta dan 805 unit telah siap dibina.

bottom of page